Make your own free website on Tripod.com


Firman Allah Taa'la yang bermaksud,

"Orang-orang yang bila Kami beri kekuasaan di muka bumi, mereka mendirikan solat dan membayar zakat, menyuruh kepada yang baik dan melarang dari yang mungkar. Dan kepada allah juga terserah hasil segala sesuatu!"

(Surah Al-Haj: 41)


Emas dan perak merupakan logam yang bernilai dan banyak faedah yang telah diberikan oleh Allah berbanding dengan logam jenis lain. Oleh kerana kedua-dua logam tersebut sangat sukar didapati dan sangat bernilai maka ramai bangsa terdahulu menggunakan kedua-dua logam tersebut sebagai matawang dan juga sebagai nilai harga kepada barangan.Mengikut hukum syara', emas dan perak dianggap sebagai kekayaan yang menyuburkan. Oleh itu telah diwajibkan zakat ke atas kedua-dua logam tersebut sama ada ia dalam bentuk wang atau dalam bentuk ketulan yang belum dicanai. Begitu juga dalam bentuk pinggan mangkuk, barang-barang seni atau patung serta barang perhiasan.